![]() |
||||||||||
![]() |
|
![]() |
||||||||
                                       SEJARAH SEKOLAH SK SIMPANG SEKOLAH (I) Bangunan ini terletak di Jalan kuala Kangsar dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Simpang. Dibangunkan kira-kira pada tahun 1890. Saiz sekolah ini ialah 25 kaki X 60 kaki. Bangunan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian diguna untuk bilik darjah manakala sebahagian lagi dijadikan rumah guru. Jumlah murid ialah seramai 20 orang sahaja. Oleh sebab murid-murid bertambah menjadi 60 orang dalam tahun1895 maka seluruh bangunan ini digunakan sepenuhnya untuk bilik darjah. Sebuah rumah guru berasingan telah dibina di belakang sekolah ini dan diberi  No. JKR 3 (KP :3057). Bangunan sekolah pula diberi No. JKR 2 (KP :3056). SEKOLAH (II) Bangunan sementara dibangunkan kira-kira pada tahun 1937 dan mempunyai 3 bilik darjah. Sekolah ini terletak di Jalan Kampong Dew. Luas sekolah ini ialah 75 kaki X 30 kaki. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Simpang SEKOLAH (III) Mula digunakan pada 8 Julai 1962. Sekolah ini mengandungi 5 bilik darjah dan berharga RM27 ,500.00. Luas sekolah ini ialah 150 kaki X 30 kaki. Dalam tahun 1982, bangunan sekolah ini telah disambungkan sebanyak 2 bilik lagi yang berukuran 60 kaki X 30 kaki untuk Bilik Pusat Sumber Sekolah. Bangunan sekolah ini sekolah ini telah dirobohkan pada 1994 SEKOLAH (IV) BANGUNAN 2 TINGKAT Oleh kerana jumlah murid kian bertambah setiap tahun maka pada tahun 1980 sekolah baru dua tingkat telah dibina. Bangunan baru ini bertentangan dengan sekolah (III). Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Musa bin Hitam SPMJ ,SSIJ Menteri Pelajaran Malaysia pada 24 Januari 1981. Bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik Guru Besar dan bilik air ( tandas) serta Bangunan Kantin. Selain itu, sebuah surau telah dibina  pada tahun 1982. Kos pembinaannya kira-kira RM5000.00. Surau sekolah ini telah memberi kemudan kepada guru-guru dan murid-murid. SEKOLAH (V) BANGUNAN PROJEK GOTONG ROYONG Bangunan ini di bina pada tahun 1989. terdiri daripada 4 bilik darjah dan sebuah stor untuk buku SPBT. SEKOLAH (VI) BANGUNAN 3 TINGKAT Bangunan sekolah ini telah dibina pada tahun 1994. Bangunan ini terdiri daripada 10 buah bilik darjah, Pejabat, Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik fail dan Bilik Cetak. SEKOLAH (VII) BANGUNAN 3 TINGKAT Bangunan tambahan ini telah disiapkan pada 17 Disember 2001. Bangunan ini sebanyak 2 blok terdiri daripada beberapa bilik darjah, bilik guru, bilim pemulihan, makmal sains, begkel kemahiran hidup, makmak komputer, tandas guru dan murid. Bangunan ini mula digunakan pada 21 Oktober 2002.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |